KONSEP NEGARA DAN BANGSA

 

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


PENSYARAH :

DAYANGKU FARAH AZEILA

 
KUMPULAN 5 :

          
MACRINA VIOLET
20DKA21F1026
JENNY TRISH 
20DKA21F1066
MUHD AQIF IZZAN
20DKA21F1032
MELVINA NIUT
20DKA21F1017
  

OBJEKTIF
- Memahami konsep negara dan bangsa.
- Mengenali ciri-ciri konsep negara dan bangsa.

ISI KANDUNGAN

-PENGENALAN

-OBJEKTIF KAJIAN

-KONSEP NEGARA DAN BANGSA

- CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

- USAHA-USAHA PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

-KESIMPULAN

-RUJUKAN

-LAMPIRAN




PENGENALAN




● 
Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Takrif negara dan bangsa menurut Kamus Dewan ialah frasa ‘negara’ merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera perintahan manakala frasa ‘bangsa’ merujuk kepada suatu kumpulan manusia dalam suatu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. 

·  Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan, kedaulatan,sempadan,perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya,wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara kaum. 



Konsep Negara

· Merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia

· Suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri.

· Sekumpulan manusia yang  menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar

· Sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen elemen berikut:


 > Kedaulatan

 > Wilayah

 > Penduduk (rakyat atau populasi)

 > Kerajaan

    



Konsep Bangsa

 

· Satu Kelompok berdasarkan ciri fizikal iaitu kaum dan keturunan

· Kaum- Kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya

· Satu komuniti politik dalam wilayah tertentu

· Kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara.

·  Kumpulan besar yang ahlinya mempunyai kepercayaan terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat yang terikat dengan persamaan hubungan sejarah, kebudayaan, dan nenek moyang yang sama.

· Daripada dimensi sejarah , istilah bangsa berasal dari perkataan latin yang membawa kepada maksud ‘lahir’.

· Ada sesetengah sarjana melihat bangsa itu dalam konteks yang mempunyai kepentingan kaum dan etnografi.


CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

1. Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

2. Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan seperti bendera Malaysia ,lagu kebangsaan ,Rukun Negara dan sebagainya.

3. Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.

4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.


USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


1. Sistem Pendidikan Kebangsaan .

  •   Menjalankan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu penilaian peperiksaan dan peperiksaan yang seragam diantara kesemua sekolah di dalam negara.

2. Memperkasa Sekolah Kebangsaan

  •   Menggunakan satu aktiviti kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah.

3. Menerap Nilai Positif 

  •   menerapkan dan meningkatkan sikap dan nilai murni yang mendukung kepada pencapaian perpaduan negara 

4. Memperkenalkan Matapelajaran Negara Bangsa

  •   Mendidik generasi muda dengan menambahkan skop pembelajaran tentang perpaduan bangsa di sekolah.

5. Melaksanakan Aktiviti Patritiosme

  •   Mengadakan kempen perpaduan antara bangsa di setiap kawasan perumahan untuk mengeratkan hubungan diantara kaum supaya lebih bersatu padu.

6. Memupuk Semangat Perpaduan

  •   Merealisasikan kehidupan yang harmoni dengan menghormati dan menjaga silaturahim antara bangsa- bangsa yang lain.


Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, bagi membina negara bangsa ini, nilai- nilai kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap diri dan sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, darjat dan umur kita sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. Walau bagaimanapun, terdapat banyak halangan dan cabaran untuk membentuk negara yang membangun seperti Malaysia sebagai negara bangsa. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi memainkan peranan masing masing dan terus konsisten bagi memastikan pembentukkan negara bangsa Malaysia dapat tercapai dan akan menjadi negara maju.


RUJUKAN

1. Politeknik Malaysia.(2020).Penghayatan etika dan peradaban

2. Politeknik Malaysia. Pengajian Malaysia.



















 


Ulasan

Catat Ulasan